Tuesday, January 7, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lesti Kejora mungkin bersalin pramatang

    Penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora meluahkan kebimbangan apabila mengalami kontraksi ketika usia kandungan 33 minggu.

    Menurut Lesti atau Lestiani, 26, pada awalnya dia menganggap itu hanyalah kontraksi biasa, namun gejala berkenaan menjadi lebih teruk.

    “Kalau kamu berada dalam live saya pada malam Tahun Baharu, kamu akan perasan di mana saya tiba-tiba mengalami kontraksi dan terus naik ke atas.

    “Pada waktu itu, saya fikir ia tidak akan terjadi lagi, tetapi sebaliknya. Saya diberitahu untuk pergi ke wad kecemasan,” katanya, memetik laporan mStar.

    Lesti berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast Leslar Entertainment pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Lesti dikhabarkan perlu menerima suntikan bagi membantu proses perkembangan paru-paru anak dalam kandungannya.

    Sebelum ini, penyanyi itu memiliki sejarah melahirkan anak pertamanya secara pramatang susulan berlaku komplikasi dan dilakukan secara pembedahan pada usia kandungan 34 minggu.

    Suami Lesti iaitu Rizky Billar bagaimanapun meminta peminat untuk menitipkan doa buat kesihatan dan keselamatan isterinya.

    Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia 2 tahun. – Agensi

    Lesti dedah alami kontraksi ketika kandungan usia 33 minggu. – Kompas
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda