Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Letupan bom ragut satu nyawa di India

    INDIA, 29 OKT – Satu letupan bom yang disyaki semasa mesyuarat doa Kristian di negeri Kerala di selatan India membunuh seorang dan mencederakan 36 yang lain, kata polis, hari ini.

    “Pada kira-kira 9:40 pagi, berlaku letupan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Zamra di mana seorang maut dan 36 sedang menjalani rawatan,” kata Ketua Polis, Kerala Darvesh Saheb kepada pemberita.

    “Kami akan mengesan siapa yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas, siasatan awal menunjukkan ia adalah letupan IED (alat letupan yang dibuat sendiri).

    Lebih daripada 2,000 orang telah menghadiri perjumpaan doa Saksi-Saksi Yehuwa selama tiga hari di sebuah pusat konvensyen di Kalamassery berhampiran bandar pelabuhan Kochi apabila letupan itu di hadapan orang ramai.

    “Kami sedang menyiasat  semua sudut dan akan mengesan siapa yang bertanggungjawab,” tambah Saheb.

    Agensi berita Press Trust of India (PTI) melaporkan sekurang-kurangnya tiga letupan.

    Kira-kira dua peratus daripada 1.4 bilion penduduk India beragama Kristian, menurut banci terkini. – AFP

    Orang ramai berkumpul di luar selepas letupan di pusat konvensyen Zamra di Kalamassery, sebuah bandar di Kochi, negeri Kerala selatan, India pada 29 Oktober. – AP

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...