OUAGADOUGOU, 2 OGOS – Sekurang-kurangnya enam orang, kebanyakannya kanak-kanak, mati ketika alat peledak improvisasi (IED) meletup di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan dan pegawai tempatan semalam.
IED, yang meletup ketika kereta kumpulan tersebut melintasi jalan itu Sabtu lalu, juga mencederakan empat yang lain, kata mereka.
Utara Burkina Faso terkenal dengan serangan jihad yang telah mengorbankan lebih dari 1,000 orang jiwa di sana dan menyebabkan sekitar satu juta lebih pelarian sejak 2015.
Mangsa adalah ‘hampir semua kanak-kanak yang pulang dari menjaga ternakan mereka’, kata seorang penduduk tempatan di Ouahigouya.
“Kereta yang membawa mereka melambung terhempap di atas sebuah lombong.” – AFP