Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Letupan kuat kedengaran di Israel setelah serangan dron Iran dilancarkan

    BAITUL MAQDIS, 14 APRIL – Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal hari ini apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran, menurut laporan media.

    Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain, lapor Agensi Anadolu yang memetik The Times of Israel. 

    Seorang wartawan Anadolu berkata siren dan letupan kuat juga kedengaran di Baitul Maqdis, termasuk di atas bangunan parlimen Israel, Knesset.

    Perkhidmatan ambulans Magen David Adom berkata seorang cedera parah di selatan  Wilayah Negev dalam serangan itu.

    Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan kelmarin pelancaran serangan dron dan misil ke atas Israel.  

    IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap banyak sekali jenayah dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik minggu lepas.

    Tentera Israel berkata pihaknya berada dalam keadaan siap siaga tahap tinggi berikutan serangan Iran itu. 

    Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam serangan misil ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April termasuk tujuh penasihat tentera. Tehran mendakwa Israel melakukan serangan itu.

    Tel Aviv tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu secara rasmi tetapi ia telah melakukan beberapa serangan yang menyasarkan kepentingan Iran di seluruh Syria. – Bernama

    Sistem pertahanan udara Iron Dome Israel dilancarkan untuk memintas peluru berpandu yang ditembak dari Iran, di tengah Israel, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...