Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan loji kimia korbankan jiwa manusia

    BISHKEK, Kyrgyzstan, 24 Feb – Perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan di Asia Tengah, Uzbekistan berkata ledakan yang berlaku di loji kimia ke timur bandar Fergana meragut “jiwa manusia”, tanpa mengesahkan berapa ramai yang terbunuh dalam letupan tersebut.

    Dalam kenyataan pendek di laman sesawang Kementerian bagi Situasi Kecemasan lewat semalam, kementerian berkata letupan di loji Ferganaazot berlaku pada jam 16:30 waktu setempat (11:30 GMT) pada 23 Februari.

    Kilang tersebut menghasilkan baja dan produk-produk kimia yang lain.

    Loji kimia Ferganaazot di Uzbekistan.
    Loji kimia Ferganaazot di Uzbekistan.

    Kenyataan itu berkata letupan berlaku ketika “tugas pembaikan” dan suruhanjaya kerajaan akan menyiasat insiden itu dan membantu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa letupan dan keluarga mereka.

    Kementerian itu tidak dapat dihubungi menerusi telefon bagi mendapatkan ulasan lebih lanjut.

    Uzbekistan, negara yang dikawal ketat yang mendapatkan kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada 1991 bergantung ke atas eksport pertanian untuk meningkatkan ekonomi yang menghadapi masalah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda