WUHAN, China, 2 Okt – Li Na berkata dia memohon maaf kepada tenis China yang tidak berkembang sejak persaraannya, ketika pencarian yang tidak membuahkan hasil negara itu bagi juara baru berterusan.
Dua gelaran Grand Slm yang dimenangi Li meletakkan rintangan yang begitu tinggi bagi pemain senegara China, yang berada dalam kesukaran untuk menyaingi pencapaiannya.
Perbandingan itu jelas pada Terbuka Wuhan minggu lalu, di mana Li menerima sambutan meriah ketika kemunculan sebentarnya, tetapi tidak seorang pun pemain China mara ke pusingan ketiga.
Berikutan sambutan menariknya di Wuhan, bandar kediamannya, Li berkata dia kecewa bahawa China belum menemukan bintang baru untuk disukai sejak dia melangkah ke luar dari jelajah itu pada 2014.
“Sebenarnya, saya tidak suka orang ramai selalu mengingati saya,” kata Li, yang memenangi Terbuka Perancis pada 2011 dan Terbuka Australia pada 2014. “Ia bermakna tenis China belum berkembang.”
“(Apabila) saya memutuskan untuk bersara, saya memikirkan pada hari seterusnya (pemenang baru China) akan datang,” tambahnya.
Harapan adalah tinggi apabila Peng Shuai mara ke separuh akhir Terbuka AS 2014, sejurus selepas persaraan Li, dan Zhang Shuai memenangi gelaran Terbuka Guangzhou keduanya pada tahun ini.
Wu Yibing juga menjadi juara perseorangan Grand Slam pertama China pada Terbuka AS pada bulan lalu. Tetapi tidak seorang secara berterusan memberikan cabaran pada peringkat tinggi.
Di Wuhan, lima wanita China berada dalam undian utama tetapi Wang Quang adalah satu –satunya yang mara ke pusingan ketiga.
Peter McNamara, jurulatih Wang dari Australia, berkata harapan tinggi dicipta oleh kerjaya Li adalah satu masalah bagi para pemain China.
“Saya rasa ia adalah menakutkan memiliki pemain hebat seperti itu dan juara yang menaikkan satu tahap yang sukar dicapai,” katanya. – AFP