Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liang Lumut ST teruskan rekod kemenangan

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Pasukan Liang Lumut ST berjaya meneruskan rekod kemenangan mereka selepas mencatat kemenangan kedua dalam Liga Bola sepak Daerah Belait 2021 pada perlawanan berlangsung di Padang Bola sepak Arena Seria, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut, Liang Lumut ST bertemu HAWA FC yang dalam perlawanan sebelum ini turut bergelut ketika bertemu Hoist FC. Pasukan Liang Lumut ST tidak mensia-siakan kelebihan selepas meraih gol pada awal minit perlawanan pada separuh masa pertama.

    Sementara itu, HAWA FC terus memberi tekanan untuk mengejar perlawanan namun Liang Lumut ST terus mengekalkan kelebihan. Liang Lumut ST berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-66 dan sekali gus memastikan kemenangan berjaya diraih dengan keputusan akhir perlawanan 2-0.

    Perlawanan seterusnya akan diteruskan minggu hadapan dengan menyaksikan pertemuan antara Mengelella FC menentang Akhdan FT pada 10 Julai. Manakala pada 11 Julai akan menyaksikan pertemuan antara Hoist FC menentang HR FT. Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di Padang Bola sepak Arena Seria dan orang ramai dialu-alukan untuk hadir memberi sokongan.

    Aksi pemain Liang Lumut ST dan HAWA FC merebut bola pada perlawanan tersebut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda