Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Libatkan masyarakat bagi Projek Hidro Sungai Papar

    KOTA KINABALU, 6 OGOS – Sebuah pertubuhan masyarakat mengenai pemberdayaan tanah, haiwan dan manusia (LEAP) berharap kerajaan negeri Sabah menghormati keperluan dan aspirasi dalam mencari jalan penyelesaian terhadap cadangan membina empangan hidroelektrik di Sungai Papar. Dengan menyatakan solidariti dengan masyarakat yang sejak sedekad menyatakan pendirian membantah rancangan kerajaan Sabah membina empangan di Sungai Papar, LEAP berkata terdapat keperluan pada kerajaan Sabah dan pihak lain yang membela projek itu untuk mendengar keluhan mereka yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

    “Masyarakat ini menyampaikan kebijaksanaan mendalam yang dapat kita pelajari. Malah, sains tempatan, serantau dan antarabangsa menyokong kebijaksanaan ini, seperti yang dinyatakan dalam dua laporan terbaharu, “kata Ketua Lembaga LEAP, Cynthia Ong dalam satu kenyataan, di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda