Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Arab keluarkan deklarasi, desak tindakan punitif terhadap Israel

    KAHERAH, 23 OKT – Liga Arab mengeluarkan deklarasi kelmarin selepas mesyuarat tergempar wakil-wakil tetap untuk membincangkan cara dan tindakan bagi mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh Israel, mendesak pelaksanaan tindakan punitif yang ditetapkan sebelum ini ke atas Tel Aviv sebagai respons terhadap perang genosid terhadap rakyat Palestin.

    Wakil-wakil Liga Arab dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar di Kaherah, menekankan usaha-usaha Liga Arab dan antarabangsa yang diselaraskan untuk menamatkan jenayah genosid, pengusiran paksa dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.

    Kenyataan itu mengutuk peningkatan kekejaman terutamanya di utara Gaza, ketika pasukan Israel menjalankan rancangan sistematik untuk mengosongkan kawasan itu di tengah-tengah ketidakupayaan antarabangsa.

    Liga Arab juga mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana terus menyediakan bantuan ketenteraan kepada Israel, di samping menyeru tindakan lebih kuat untuk memastikan para pegawai Israel bertanggungjawab, seperti menggantung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah antarabangsa.

    Mesyuarat turut mendesak penguatkuasaan sekatan terhadap Israel, merujuk kepada sidang kemuncak dan menteri sebelum ini.

    Liga itu menekankan langkah-langkah seperti menggantung penyertaan Israel dalam Perhimpunan Agung PBB dan melabelkan organisasi pendudukan Israel sebagai entiti pengganas. – Bernama

    Kanak-kanak kelihatan berkumpul di luar pondok untuk orang ramai yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik di Deir el-Balah di tengah-tengah Semenanjung Gaza pada 22 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda