Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Juara-Juara pengukur kehambaran England di pentas antarabangsa

    PARIS – Kurangnya kejayaan England di pentas antarabangsa boleh dikaitkan dengan jumlah kecil pemain Inggeris yang beraksi dalam Liga Juara-Juara, menurut satu kajian.

    Analisis oleh Gracenote yang merekodkan statistik sukan berdasarkan warganegara pemain yang memulakan perlawanan Liga Juara-Juara mendedahkan bahawa England masih ketinggalan di belakang negara-negara utama bola sepak, seperti yang terjadi sejak kejohanan itu dibesarkan kepada 32 pasukan pada tahun 1999.

    “Kesemua 10 Piala Dunia dan Kejohanan Eropah abad ini dimenangi oleh negara-negara lima teratas bagi pemain-pemain terbanyak yang memulakan perlawanan Liga Juara-Juara pada musim itu,” kata ketua analisis sukan, Simon Gleave.

    Manakala England hanya mampu berada di kedudukan ke-10 bagi jumlah pemain yang beraksi bagi pasukan kebangsaan dan terlibat dalam kejohanan kelab elit Eropah itu.

    Ia agak ganjil meskipun Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu daripada tiga liga Eropah sehingga musim ini untuk mempunyai empat pasukan bersaing dalam peringkat kumpulan.

    Musim lepas, terdapat lima pasukan Liga Perdana terlibat, namun England berada di ranking kesembilan dengan 26 pemain terlibat dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

    Pasukan kebangsaan Gareth Southgate kemudian mara ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia, yang mana merupakan pencapaian terbaik mereka sejak 1990.

    Namun, kesebelasan Perancis yang menentang Croatia di final Piala Dunia, lapan daripadanya terlibat bersama kelab yang beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini. Dengan jumlah keseluruhan, 17 ahli dalam skuad mereka bersama kelab Liga Juara-Juara.

    Pasukan Perancis keras beraksi hambar di Eropah, namun 49 pemain Perancis mengambil bahagian dalam saingan Liga Juara-Juara musim lepas, jumlah yang hanya diatasi oleh Sepanyol (59) dan Brazil (55).

    Kurangnya pemain Inggeris di luar negara

    Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara telah bermula minggu ini, di mana England diwakili oleh Manchester City, Manchester United, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

    Tetapi hanya 14 pemain Inggeris memulakan perlawanan bagi kesemua pasukan itu dalam Liga Perdana hujung minggu lalu. Dan berbeza dengan pemain-pemain lain dari negara-negara pendahulu, hanya sejumlah kecil sahaja pemain Inggeris beraksi di luar negara, meskipun kurangnya peluang bermain bagi pasukan atasan Liga Perdana.

    Brazil, Sepanyol, Perancis dan Jerman merupakan empat negara teratas yang menyediakan pemain bagi kesebelasan Liga Juara-Juara dalam setiap enam musim terakhir.

    Malah pemenang Euro 2004, Greece dan Euro 2016 Portugal masing-masing berada di kedudukan lima teratas pemain yang terlibat dalam Liga Juara-Juara menjelang kejohanan itu.

    Sementara itu, kemerosotan Piala Dunia bagi skuad Itali, penyingkiran peringkat kumpu-lan pada tahun 2014 sebelum gagal layak tahun ini, sudah masuk sedekad sejak jumlah pemain Itali yang bersaing di Liga Juara-Juara merosot dengan banyak.

    Namun dengan empat kelab Itali, Juventus, Napoli, Roma dan Inter, kesemuanya terlibat musim ini, jumlah pemain Liga Juara-Juara yang boleh menjadi pilihan bagi pasukan kebangsaan kendalian Roberto Mancini dijangka meningkat. Ia mungkin mengatasi pemain-pemain Inggeris. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda