Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lima lafaz Dua Kalimah Syahadah di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 MAC – Lima individu terdiri daripada tiga orang berbangsa Dusun dan dua berbangsa Cina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman yang diadakan di Unit Dakwah Daerah Belait, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Turut hadir ialah Penolong Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Noor Suffian bin Haji Yahya serta pegawai dan kakitangan PDI dan Persatuan Sinar Islam.

    Majlis dimulakan lafaz pengislaman pasangan suami isteri berbangsa Dusun, Munan bin Lupa, 72, dan Liat binti Belanda, 68, yang masing-masing memilih nama Islam mereka sebagai Muhammad Hasnan bin Abdullah Lupa dan Siti Salmah binti Abdullah Belanda.

    Sementara itu, seorang lagi lelaki berbangsa Dusun, Sairein bin Serungi, 24, telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Sairein bin Serungi.

    Dua lagi individu yang melafazkan ikrar pengislaman pada majlis itu ialah wanita berbangsa Cina, Chong Shau Eng, 36, dan anak lelakinya berusia lapan tahun, Ray Chong Yu Heng yang masing-masing kini dikenali sebagai Nur Fabeha binti Chong dan Muhammad Fahmi bin Abdullah.

    Pada majlis itu, Haji Amirol Hafidzin menaburkan bunga rampai serta menyampaikan cenderahati kepada saudara-saudara baharu berkenaan diiringi bacaan Dikir Asyaraqal, sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Unit Dakwah Daerah Belait memaklumkan bahawa seramai 18 individu telah memeluk agama Islam di daerah berkenaan sejak awal tahun ini.

    Haji Amirol Hafidzin menyampaikan cenderahati kepada Muhammad Hasnan dan Siti Salmah. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Nur Fabeha membantu anaknya, Muhammad Fahmi melafazkan Dua Kalimah Syahadah. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Muhammad Sairein melafazkan Dua Kalimah Syahadah. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...