Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    GoMamam kembangkan perkhidmatan ke Kampong Ayer

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Penduduk di Kampong Ayer kini mempunyai pelbagai pilihan vendor untuk penghantaran terus ke kediaman mereka dengan perkhidmatan penghantaran GoMamam yang mengembangkan perkhidmatannya ke Kampong Ayer bermula hari ini.

    Pengembangan perkhidmatan penghantaran berkenaan adalah bagi membuka saluran akses dan kemudahan bagi pelanggan-pelanggan di Kampong Ayer.

    Pelancaran perkhidmatan GoMaMan di Kampong Ayer telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pada majlis yang berlangsung di Hab Tenaga Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif GoMamam, Awang Abdul Hadi bin Haji Abdul Wahab mengumumkan pengembangan perkhidmatan penghantaran GoMamam ke Kampong Ayer yang merupakan yang pertama bagi rantau ini.

    Beliau menambah bahawa identiti Brunei diketengahkan dengan menghidupkan kembali warisan padian melalui aplikasi yang dimodenkan oleh GoMamam di mana penduduk di Kampong Ayer boleh menikmati kemudahan membuat pesanan daripada lapan kategori di platform mereka dan akan dihantar kepada para pelanggan menggunakan perahu.

    Pengembangan perkhidmatan itu merupakan sebahagian daripada komitmen GoMamam untuk menyediakan perkhidmatan kepada seluruh negara di mana kini, penduduk Kampong Ayer boleh mengakses pelbagai vendor melalui aplikasi GoMamam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyempurnakan pelancaran perkhidmatan GoMamam di Kampong Ayer, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Penghantaran pesanan daripada penduduk Kampong Ayer melalui aplikasi GoMamam akan dihantar terus kepada mereka menggunakan perahu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...