Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima menangi promosi Live More, Worry Less

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Lima orang pemenang bertuah bagi pusingan kedua Promosi Hujung Tahun 2021 Suzuki, Live More, Worry Less diumumkan dalam majlis yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Beribi, hari ini.

    Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal automobil Suzuki di Negara Brunei Darussalam, menyatakan bahawa Promosi Live More, Worry Less, merangkumi dua pusingan di mana pusingan pertama berakhir pada Disember 2021. Cabutan bagi pusingan pertama promosi telah diadakan pada 27 Disember lalu di mana hadiah utama iaitu baucar tunai $5,000 telah dimenangi oleh Awang Salihuddin bin Noordin.

    Lebih 250 penyertaan mengikuti pusingan kedua promosi di mana lima orang pemenang bertuah dipilih secara rawak oleh pihak pengurusan daripada BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said bin Haji Zania dan Awang Asharul bin Norshari serta pihak pengurusan Baiduri Finance Berhad yang diwakili oleh Dayang Siti Norarieservinna @ Norsabrinna binti Mahdeli dan Dayang Faridah binti Awang Nasip di mana ia telah diumumkan menerusi penstriman langsung Instagram dan Facebook Suzuki Brunei.

    Bagi pusingan kali ini, Awang Muhammadnoh bin Haji Diris telah memenangi hadiah utama berupa baucar tunai bernilai $5,000 dengan tempat kedua iaitu baucar tunai $2,000 dimenangi oleh Hajah Rosnani binti Haji Saili dan tempat ketiga iaitu baucar tunai $1,000
    dimenangi oleh Awang Muhammad Idrus bin Haji Mohd Soehine.

    Sementara itu, tempat keempat dan kelima iaitu baucar tunai $500 dimenangi oleh Haji Zainal bin Haji Othman dan Dayang Norlisa binti Abdullah Duraman.

    Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 4 Februari nanti di Dewan Pameran Suzuki, Gadong.

    Haji Mohd Said membuat cabutan bagi pemenang hadiah utama semasa cabutan di Dewan Pameran Suzuki, Beribi, kelmarin.
    Wakil pengurusan Baiduri Finance Berhad membuat cabutan semasa acara yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Beribi, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda