Pelakon Malaysia, Farid Kamil mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir beberapa tahun lalu.
Cerita Farid atau Farid Kamil Zahari, 44, dia terkejut apabila mendapat tahu individu menghantar sihir itu merupakan kenalan dalam industri hiburan.
“Ya saya memang pernah disihir satu ketika dulu, perkara tu memang amat memeritkan saya termasuk keluarga.
“Mulanya saya kurang percaya tapi bila terjadi sendiri baru saya sedar memang wujud…sampaikan kanak-kanak bila tengok saya terus lari atau takut.
“Waktu berubat tu saya rasa ada sesuatu dalam leher saya kemudian macam lendir yang banyak, saya tahu siapa yang lakukan…mungkin orang dalam industri hiburan juga yang tak suka lihat orang senang,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Farid bakal berkongsikan pengalaman sebenarnya dirinya pernah disihir itu menerusi filem terbaru lakonannya iaitu Munajim yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 31 Julai nanti. – Agensi
