Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima tentera terbunuh helikopter terhempas

    BAGHDAD, 29 JULAI– Lima tentera Iraq terbunuh apabila helikopter yang membawa mereka terhempas ketika menjalani misi ketenteraan, kata sumber keselamatan sambil mengesahkan insiden itu disebabkan tembakan.

    Menurut tentera, helikopter itu terhempas berhampiran Amerli yang terletak di wilayah Salaheddin, iaitu kawasan di mana tentera Iraq melakukan operasi berulang terhadap kubu yang disyaki dihuni kumpulan Daesh. Rakaman video yang dihantar kepada wartawan di Baghdad menunjukkan pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran pada bangkai pesawat.

    Sementara itu, menerusi kenyataan di Twitter, pasukan kese-lamatan berkata mereka sudah melancarkan operasi sejak kelmarin bagi mencari dan membersihkan kawasan di selatan wilayah Kirkuk yang bersempadan dengan Salaheddin.

    Sumber keselamatan memberitahu AFP, helikopter yang terhempas adalah satu daripada dua helikopter yang sedang memeriksa struktur yang membawa kabel kuasa bervoltan tinggi di kawasan itu, yang se-ring menjadi sasaran pejuang jihad sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    Pesawat itu dikatakan menghampiri daerah Amerli, dengan satu daripadanya ditembak secara langsung yang menyebabkannya terhempas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda