Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liridon dipinjamkan kepada TFC musim ini

    KUALA TERENGGANU, 12 FEB – Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi sah mewakili Terengganu FC (TFC) secara pinjaman daripada kelab gergasi, Johor Darul Ta’zim (JDT), bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh, berkata kehadiran penyerang tengah kelahiran Kosovo berusia 31 tahun itu untuk tempoh semusim telah melengkapkan skuad senarai pemain skuad bimbingan ketua jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner.

    “Pengalaman luas Krasniqi diyakini mampu membantu TFC menghadapi cabaran Liga-M musim ini dengan cemerlang bersama tonggak import lain seperti Sony Norde, Adisak Kraisorn dan Habib Haroon.

    “Apatah lagi kita juga akan beraksi di pentas lebih tinggi iaitu di Piala Konfederasi Asia (AFC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Krasniqi memulakan karier bola sepaknya di Liga-M dengan menyertai Kedah pada 2015 hingga 2018 sebelum beralih ke Melaka United FC (MUFC) pada 2019.

    Ketika bersama Kedah, beliau menjadi tonggak utama membantu pasukan tersebut menjulang Piala Malaysia pada 2016 dan Piala FA pada 2017. – Bernama

    Liridon Krasniqi sah mewakili Terengganu FC (TFC) secara pinjaman daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...