Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lawatan muhibah tinjau perkembangan ahli

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Seramai 28 orang peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMMO) ke-33 telah mengadakan lawatan muhibah ke Aftercare Supportive Association (AFSA), Negara Brunei Darussalam dan Pusat Reintegrasi, baru-baru ini.

    Lawatan yang turut disertai oleh lima orang pegawai dari Institut Perkhidmatan Awam (IPA) itu bertujuan untuk meninjau dan mengetahui perkembangan dan pencapaian AFSA dan Pusat Reintegrasi bagi membantu Rakan Seliaan (RS) setakat ini.

    Semasa lawatan berkenaan, rombongan juga berpeluang mengikuti sesi taklimat dan soal jawab untuk memberikan kefahaman lanjut mengenai kedua-dua agensi berkenaan ke arah tanggungjawab menyantuni RS di negara ini.

    Para peserta Program EDPMMMO ke-33 turut berkesempatan menyampaikan sumbangan peralatan memotong rumput kepada salah seorang ahli RS dengan harapan tulus agar ia dapat memberi kemudahan sekali gus meningkatkan lagi sumber perekonomiannya dari semasa ke semasa.

    Para peserta EDPMMMO ke-33 semasa bergambar ramai di salah sebuah perusahaan ahli RS, baru-baru ini. – Gambar serahan AFSA dan Pusat Integrasi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...