Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    LIV Golf bakal bermula minggu ini

    WASHINGTON, 21 FEB – Phil Mickelson, Louis Oosthuizen dan Bubba Watson melengkapkan pasukan Liga Golf LIV kelmarin dengan pemain terbaharu menyertai siri yang disokong Arab Saudi menjelang penampilan sulung musim Jumaat ini.

    Dean Burmester dari Afrika Selatan, Danny Lee dari New Zealand, Thomas Pieters dari Belgium dan Brendan Steele dari Amerika Syarikat (AS) melengkapkan senarai 48 pemain daripada 12 pasukan yang terdiri dari empat pemain untuk pembukaan di resort Mayakoba Mexico.

    Siri kontroversi itu menarik ramai nama besar dari Jelajah PGA AS dan Jelajah Dunia DP dengan rekod hadiah bernilai A$25 juta untuk acara 54 lubang.

    Pesuruhjaya Golf LIV, Greg Norman berkata kumpulannya telah menyiapkan barisan pemain golf profesional untuk penonton yang lebih muda walaupun bintang seperti Tiger Woods dan Rory McIlroy tidak menyokong jelajah dan kejohanan bersejarah yang telah ditetapkan.

    Kejohanan LIV yang mempunyai 14 musim permainan termasuk lapan perhentian di AS dan barisan pemain yang bertanding terdiri daripada 13 pemenang utama dan
    empat bekas pemain nombor satu dunia.

    Phil Mickelson semasa kejohanan golf Terbuka Safeway di Silverado Resort and Spa, 10 September 2020, di Napa, California. – Agensi

    Pemenang utama dua kali, Dustin Johnson adalah juara pasukan bertahan bersama Peter Uihlein, Pat Perez dan Patrick Reed.

    Pieters nombor 35 dunia menyertai pemain handalan juara Masters dua kali, Bubba Watson bersama pemain Amerika Harold Varner III dan Talor Gooch.

    Pasukan Afrika Selatan bekas juara Terbuka British Oosthuizen termasuk Burmester, Branden Grace dan Charl Schwartzel.

    Pemenang utama enam kali HyFlyers seluruh AS milik Mickelson termasuk Steele, James Piot dan Cameron Tingale manakala Lee menyertai pemain AS, Kevin Na dan Sihwan Kim dan Scott Vincent dari Zimbabwe di Iron Heads.

    Ketua pasukan lain termasuk pemenang utama Sergio Garcia, Martin Kaymer, Henrik Stenson, Brooks Koepka, Bryson DeChambeau dan Cameron Smith dari Australia, juara bertahan Terbuka British. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda