Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liverpool kembali ke puncak liga

    LONDON, 11 FEB – Liverpool kelmarin kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 menentang Burnley yang diancam penyingkiran selepas juara Manchester City menggantikan kedudukan mereka seketika di tempat pertama.

    Skuad Anfield itu sedang memburu rekod kejuaraan liga Inggeris ke-20 pada musim terakhir Jurgen Klopp sebagai jurulatih tetapi sekali lagi mendapat saingan sengit daripada City.

    Liverpool tidak berada pada tahap terbaik ketika menentang anak buah Vincent Kompany tetapi berjaya mencapai matlamat pada hari yang Klopp panggil sebagai ‘amat sukar’.

    City, yang lebih awal menewaskan Everton 2-0, berada dua mata di belakang Liverpool dengan satu perlawanan dalam tangan ketika mereka memburu gelaran liga utama Inggeris keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    The Reds diberikan kelebihan apabila penjaga gol Burnley, James Trafford gagal menangkap bola daripada sepakan sudut Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota menanduk masuk gol kesembilannya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

    Tetapi mereka diikat semula sejurus sebelum separuh masa apabila Dara O’Shea menanduk kuat melepasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher, yang menggantikan Alisson Becker, yang tidak dapat bermain kerana sakit.

    Liverpool, yang bermain di hadapan penonton liga yang memecahkan rekod di Anfield dengan hampir 60,000 selepas perluasan stadium, menunjukkan corak permainan yang berbeza selepas rehat dan mendapat ganjaran apabila Luis Diaz menanduk masuk gol pada minit ke-52.

    Pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang menarik untuk menyamakan kedudukan sebelum tandukan Darwin Nunez daripada hantaran lintang Harvey Elliott memastikan kemenangan penting. – AFP

    Aksi Nunez ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan di Anfield di Liverpool, barat laut England pada 10 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...