Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liverpool mara ke pusingan seterusnya di Liga Europa

    LIVERPOOL, 1 DIS – Liverpool mara ke pusingan 16 Liga Europa dengan baki perlawanan selepas Luis Díaz dan Cody Gakpo menjaringkan gol awal untuk menetapkan nada kemenangan 4-0 ke atas LASK Austria pada semalam.

    Díaz menanduk masuk hantaran lintang Joe Gomez untuk gol pembukaan pada minit ke-12 sebelum Gakpo menyambar hantaran Mohamed Salah tiga minit kemudian di Anfield.

    Salah menjadikan kedudukan 3-0 pada awal separuh masa kedua dalam gol ke-199nya untuk The Reds.

    Gakpo menambah gol keduanya pada masa kecederaan.

    Liverpool berada empat mata di hadapan Kumpulan E dengan 12 mata.

    Toulouse di tempat kedua dengan lapan selepas seri 0-0 dengan Union Saint-Gilloise. – AP

    Cody Gakpo menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Europa Kumpulan E antara Liverpool dan LASK, di stadium Anfield di Liverpool, England, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...