Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool mara pusingan akhir, bakal bertembung Chelsea

    LONDON, 21 JAN – Jurgen Klopp memuji Diogo Jota sebagai pemain ‘kelas dunia’, selepas penyerang Portugal itu membantu Liverpool dalam Piala Liga untuk bertemu dengan Chelsea menerusi dua gol kemenangan kelmarin 2-0 ke atas Arsenal.

    Jota telah meletakkan Liverpool di landasan betul untuk beraksi di Wembley dengan jaringan gol separuh masa pertama dan dia meraih gol kedua lewat pada perlawanan kedua separuh akhir.

    Pasukan Klopp akan berdepan dengan Chelsea di pusingan akhir pada 27 Februari nanti.

    Jaringan Jota yang ke-13 dan ke-14 untuk kelab pada musim ini telah menunjukkan kebolehannya apabila Liverpool bermain tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

    “Kami menjaringkan dua gol yang menarik, Diogo Jota bersemangat. Kami yakin sepenuhnya apabila dia tiba di kelab ini untuk membantu kita,” kata Klopp mengenai bekas pemain Wolves berkenaan.

    “Sejak dia berada di sini, dia telah membuat langkah baharu, dia telah berubah menjadi seorang penyerang berkelas dunia.”

    The Reds, kali terakhir mara di Piala Liga pada 2012, sekarang kembali memasuki pusingan akhir untuk pertama kalinya sejak 2016, serta mereka mengintai untuk memenangi kejuaraan untuk rekod kali kesembilan.

    Ini akan menjadi kejuaraan kelima terakhir untuk Klopp bersama Liverpool sejak dia mula mengambil alih pada tahun 2015.

    Pada minggu yang sama, bekas ketua eksekutif Liverpool, Peter Robinson meninggal di usia 86 tahun, adalah wajar kelab itu kembali ke pusingan akhir kejuaraan yang mereka menangi empat tahun berturut-turut di bawah kendaliannya pada 1980-an. – AFP

    Reaksi Diogo Jota meraikan kejayaan bersama pasukan selepas menjaringkan gol kedua semasa perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris antara Arsenal dan Liverpool, 20 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda