BERLIN, 28 MAC – Pemenang Ballon d’Or, Lothar Matthaeus berkata berpindah ke Liverpool pada musim panas ‘bukan pilihan tepat’ untuk jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, yang namanya sedang meningkat naik.
Alonso telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab lamanya sebagai pemain, Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich, setelah melakukan tugas yang menakjubkan di Leverkusen, menjadi pendahulu Bundesliga.
Alonso mempunyai pasukan yang belum pernah tewas, berada 10 mata di hadapan Bayern Munich dan berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan Jerman buat pertama kalinya dengan baki lapan perlawanan musim ini.
Dalam temu bual lain, Matthaeus juga berkata, menggantikan Jurgen Klopp adalah sukar bagi mana-mana jurulatih dan Alonso kekal bersama Leverkusen.
“Liverpool bukanlah pilihan yang tepat untuk Xabi Alonso selepas musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik.”
Matthaeus menghabiskan banyak masa sebagai pemain di Bayern dan dia mengalu-alukan Alonso sebagai pengganti Thomas Tuchel tetapi mengakui “Alonso perlu membina pasukan baharu untuk masa depan, dengan pemain baharu di Munich.
“Mengapa berpindah ke Liverpool? Mengapa dia harus meninggalkan pasukan yang membuatkan kami gembira dengan permainan bola sepak mereka yang cantik, seperti Barcelona 12 tahun lalu?” kata Matthaeus.
Matthaeus berkata kejayaan Klopp di Liverpool adalah sukar untuk diikuti.
“Untuk melatih di Liverpool selepas Jurgen Klopp bukanlah mudah kerana Jurgen adalah seorang wira, dia hebat. Apa yang dia lakukan adalah hebat dan apa yang boleh anda lakukan itu lebih baik?” tambahnya.- AFP