Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    LKEB tarik pelabur asing ke Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan LKEB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Dalam usaha meningkatkan dan menarik pelaburan asing ke negara ini, sejajar dengan pelonggaran sekatan COVID serta pembukaan semula sempadan, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) telah menganjurkan Lawatan Promosi Pelaburan ke Tokyo, Jepun baru-baru ini.

    Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, satu seminar dengan kerjasama Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah diadakan di AJC yang menyentuh mengenai ‘Peluang Pelaburan di Brunei Darussalam’ dan disertai lebih 60 persatuan dan syarikat dalam pelbagai sektor.

    Menurut kenyataan dikeluarkan LKEB, seminar mengetengahkan potensi pelaburan dalam lima sektor utama di negara ini termasuklah minyak dan gas hiliran, makanan, perkhidmatan, ICT, dan pelancongan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Daniel Leong.

    Ia juga memfokuskan peluang dalam kelompok maritim.

    Dua syarikat tempatan, Anson International Sdn Bhd dan Amarco Services Sdn Bhd, telah menyampaikan pembentangan mengenai perkhidmatan mereka yang akan datang seperti Marine Maintenance and Decommissioning Yard (MMDY) dan Brunei Bay Southern Anchorage (BBSA).

    Hadir sama ialah Pengerusi Amarco Sdn Bhd, ahli Lembaga Pengarah Anson International Sdn Bhd dan Timbalan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP).

    Pada lawatan itu, sesi padanan perniagaan B2B dan pertemuan dengan agensi kerajaan Jepun juga telah diadakan untuk mengenal pasti peluang perdagangan dan pelaburan yang berpotensi,mewujudkan rangkaian perniagaan dan pasaran eksport yang berpotensi untuk produk Brunei dan perkhidmatan di Jepun.

    Segala usaha yang dilakukan oleh LKEB dan rakan kongsinya sejajar dengan Pelam Tindakan Ekonomi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang menggariskan strategi dasar ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Kerjasama antara AJC dan BEDB bertujuan untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan asing ke Brunei dan menggalakkan pembangunan ekonomi negara.

    Antara yang menghadiri seminar berkenaan.
    Daniel Leong bergambar bersama peserta seminar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...