Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    LKIM salur bantuan perikanan kepada 98 nelayan

    LABUAN, 6 DIS – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menyalurkan bantuan perikanan sebanyak RM145,000 yang memberi manfaat kepada 98 nelayan di sini di bawah Program Rahmah Mesra MADANI Bersama Nelayan Labuan.

    Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan, menambah keupayaan tangkapan dan kemahiran nelayan serta meningkatkan taraf hidup mereka.

    “Pakej bantuan termasuk sembilan unit enjin 15 kuasa kuda, 200 unit bubu ketam kepada 40 penerima serta jaket keselamatan dan kotak penebat (100 liter) bagi 49 penerima.

    “Sebagai tambahan, bakul makanan turut diberikan kepada 50 nelayan, manakala dua lagi menerima bantuan kebajikan dan bencana alam,” katanya pada penyerahan bantuan itu di Kompleks LKIM di Kiamsam di sini.

    Muhammad Faiz berkata selain itu, LKIM turut memperuntukkan RM120,000 untuk memperoleh bilik sejuk dan mesin ais iaitu komponen penting dalam pengendalian hasil tangkapan yang cekap di dua pusat pengumpulan dan pengedaran ikan di Durian Tunjong dan Lubok Temiang.

    “Peruntukan sumber yang strategik oleh LKIM ini menekankan komitmen untuk memperkasakan nelayan tempatan, meningkatkan produktiviti mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan komuniti nelayan di Labuan,” katanya. – Bernama

    Jualan promosi Jimat Madani menawarkan seribu keping kupon diskaun RM5 kepada pengunjung yang hadir. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...