Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lloris diketepikan tujuh minggu akibat kecederaan

    LONDON, 10 FEB – Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris (gambar-AP) akan berehat selama tujuh minggu kerana kecederaan lutut.

    Lloris cedera semasa kemenangan 1-0 ke atas Manchester City pada Ahad lalu di Liga Perdana Inggeris dan digambarkan memakai pendakap di kakinya.

    Penjaga gol simpanan, Fraser Forster akan menggantikannya ketika Tottenham bersiap sedia untuk menentang AC Milan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara minggu depan.

    “Kami semua kecewa dengan Hugo, dia cedera,” kata penolong jurulatih Tottenham, Cristian Stellini semalam. “Tetapi kami mempunyai penjaga gol yang berpengalaman seperti Fraser. Kami mempunyai lima minggu yang sukar di hadapan kami.”

    Kelab London itu turut bersaing untuk menduduki tempat empat teratas liga dan telah mara ke pusingan kelima Piala FA.

    Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan Manchester City di Stadium Tottenham Hotspur di London. – AP

    “Kami menaruh kepercayaan kepada Fraser,” kata Stellini.

    “Kami juga berkata kepada Hugo, ‘Jumpa awda tidak lama lagi,’ kerana dia memerlukan pemulihan yang baik.

    “Dia mungkin memerlukan lima, tujuh minggu untuk kembali bersama kami.”

    Semalam, Tottenham berkata pemain tengah, Yves Bissouma akan menjalani pembedahan hari ini untuk memulihkan keretakan pada buku lali kirinya.

    Jangka masa untuk kepulangannya akan ditentukan selepas pembedahan, kata kelab itu.
    Sementara itu, pengurus Tottenham, Antonio Conte telah kembali bekerja selepas dia menjalani pembedahan di Itali minggu lalu untuk membuang pundi hempedunya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...