Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Love Scam: Warga emas rugi lebih RM31,000

    KUCHING, 4 MAC – Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat Love Scam, setelah berkenalan dengan orang yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook.

    Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata menurut laporan yang diterima, wanita yang berusia 60an itu telah berkenalan dengan suspek di laman sosial tersebut dan kemudian terus berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

    “Suspek kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan ke Miri serta membawa sejumlah wang tunai dalam matawang Taiwan, kononnya mahu diserahkan kepada mangsa.

    “Bagaimanapun, mangsa mengatakan dia telah ditahan oleh pihak kastam kerana membawa tunai yang banyak dan kemudian meminta tolong daripada mangsa untuk membantunya membayar cukai yang dikenakan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Alexson berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek gagal dihubungi sebelum laporan polis dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...