Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lukaku sandaran Everton hadapi Moyes

    LIVERPOOL, 24 Feb – Romelu Lukaku yang sudah kembali cergas memberikan Everton sebab tambahan untuk optimis ketika bersedia untuk mengalu-alukan bekas pengurus mereka David Moyes kembali ke Goodison Park untuk aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

    Lukaku beraksi cemerlang dalam perlawanan terakhir Everton, menjaringkan empat gol dalam kemenangan 6-3 ke atas Bournemouth pada awal Februari, tetapi terlepas lima hari latihan di Dubai baru-baru ini kerana kecederaan betis.

    Moyes yang membimbing Sunderland kini pasti kecewa apabila mengetahui penyerang Belgium itu cergas sepenuhnya dan bersedia menambah 17 gol yang menjadikan dia penjaring terbanyak Everton musim ini.

    Rehat di Dubai adalah hasil Everton tidak ada permainan untuk dua minggu selepas perlawanan terakhir seri tanpa jaringan di Middlesbrough dan memberikan pemain Ronald Koeman peluang untuk meredakan kesakitan dan tekanan mereka.

    Selain Lukaku, midfield James McCarthy bersedia untuk kembali daripada kecederaan hamstring dan pemain sayap Kevin Mirallas pula sudah pulih daripada kecederaan pangkal paha.

    Lukaku (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Bournemouth di Goodison Park untuk aksi Liga Perdana pada 4 Februari lalu. – AP
    Lukaku (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Bournemouth di Goodison Park untuk aksi Liga Perdana pada 4 Februari lalu. – AP

    Semangat tinggi tetapi persembahan buruk sehingga Krismas kini dilupakan terima kasih kepada lapan perlawanan liga tanpa kalah, di mana Everton telah mengumpul 18 mata dan lima perlawanan tanpa bolos.

    Hasilnya, Everton menduduki tempat ketujuh dengan jarak mata yang tidak berapa buruk di belakang pasukan di atas mereka, tetapi meninggalkan jurang yang besar kepada kebanyakan pasukan di bawah mereka.

    Tanpa mengejar piala dan kelayakan Eropah pula samar-samar pada masa ini, Toffees bermain tanpa tekanan. Bagaimanapun, Koeman tidak akan membiarkan pemainnya berdiri selesa.

    “Cara terbaik untuk berjaya adalah menang permainan demi,” kata pengurus Everton itu. “Kami mahu menang dan kami perlu bermain pada tahap terbaik. Kami bukan pasukan yang akan memberikan banyak ruang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda