Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Luna Maya dituduh terdesak mahu kahwin

    Nama pelakon Indonesia, Luna Maya menjadi bualan ramai apabila berjaya menangkap bunga tangan semasa majlis perkahwinan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) pada Ahad lalu.

    Menerusi video yang tular di media sosial memperlihatkan Luna malu-malu apabila berjaya menangkap bunga berkenaan apatah lagi tetamu bersorak berharap pelakon itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

    Bagaimanapun timbul pula khabar angin mengatakan Luna sebenarnya merampas bunga tangan tersebut daripada salah seorang tetamu, menurut laporan mStar.

    Menurut warganet, bunga itu pada awalnya berjaya ditangkap oleh seorang wanita yang mengenakan gaun berwarna hijau sebelum Luna merampasnya.

    “Kenapa Luna macam itu, yang dapat bunga kan orang lain. Nak kahwin sangat agaknya.

    “Yang baju hijau dapat tapi Luna rampas,” antara komen warganet.

    Tidak mengendahkan perkara tersebut, Luna sebaliknya berkongsi kegembiraan menangkap bunga berkenaan di Instagram miliknya.

    Menjengah ke ruangan komennya rata-rata peminat warganet mendoakan agar Luna dan juga kekasihnya Maxime Bouttier bergelar suami isteri tidak lama lagi. – Agensi

    Luna teruja dapat tangkap bunga tangan. – images.genpi.co
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...