Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Luqman Faiz derita gangguan mistik

    Dalam diam penyanyi Luqman Faiz menderita penyakit mistik sehingga menyebabkan dia mengalami perubahan pada diri termasuklah sering sakit.

    Kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, dia menanggung derita itu selama tiga bulan sebelum mendapatkan bantuan rawatan Islam.

    Menurut Luqman, hanya ahli keluarga sahaja mengetahui gangguan dialami itu dan dia enggan berkongsi kepada umum.

    “Saya alami demam berulang kali selama tiga bulan, bila pergi berjumpa doktor mereka kata saya demam biasa. Memang pelik rasanya.

    “Setiap kali saya nak buat persembahan rasa gemuruh sangat teruk tak pernah saya rasa seperti itu. Rezeki pun terasa sempit sangat.

    Luqman memilih memaafkan dari berdendam pada pelaku. – mStar

    “Sepanjang itu juga saya rasa diperhatikan selain tidur kena hempuk di belakang kepala.

    Saya mudah rasa tertekan, menangis tanpa sebab dan sentiasa rasa keseorangan,” katanya ketika dihubungi mStar kelmarin.

    Berkongsi lebih lanjut, Luqman berkata dia mendapatkan rawatan perubatan Islam sejak dua bulan lalu selepas abangnya melihat perubahan dirinya itu.

    Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelaku berkenaan malah memilih untuk memaafkannya.

    Kata Luqman, selepas mendapatkan rawatan, dia mula merasakan perubahan dan menjalani kehidupan lebih tenang.

    Meskipun kejadian tersebut memberi pengajaran kepada dirinya, dia bagaimanapun memilih untuk melalui kehidupan seperti biasa.

    “Alhamdulillah sekarang semakin baik dan tenang rezeki juga semakin lancar. Semuanya atas izin Allah SWT.

    “Saya mahu hidup seperti manusia biasa sahaja, saya percaya semua berlaku atas izin Allah SWT jadi lalui macam biasa tanpa perlu berhati-hati,” katanya lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda