Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Pusat kecantikan M-Image Beauty Studio telah dirasmikan di Kompleks Shakirin, Kampung Kiulap, pagi tadi.
Perasmiannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.
Juga hadir ialah Setiausaha Pertama Maklumat, Kedutaan Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Fadilah binti Roy Ismail, Pengarah Syarikat KN Rose Health & Beauty, Hajah Roskhalilah Nor binti Khalid serta para jemputan.
Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun Menaiki Takhta ini, M- Image Beauty Studio turut menawarkan promosi istimewa selama 50 hari bermula 28 Oktober sehingga 17 November.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kecantikan wajah, waxing, penjagaan intim, penjagaan rambut, skrub badan dan sebagainya.
