Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Macron akan lawat New Caledonia

    PARIS, 21 MEI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan membuat lawatan mengejut ke New Caledonia yang dilanda kekacauan.

    Pihak berkuasa Perancis semakin yakin kekacauan berdarah itu berjaya dikawal selepas langkah keselamatan dan kecemasan ditingkatkan di wilayah Perancis yang terletak di Pasifik itu.

    Jurucakap kerajaan, Prisca Thevenot mengumumkan lawatan itu, yang memerlukan rombakan jadual Macron. “Beliau akan pergi ke sana malam ini,” katanya selepas mesyuarat Kabinet hari ini di mana presiden mengumumkan bahawa dia telah memutuskan untuk pergi sendiri ke sana sendiri.

    Macron sebelum ini dijadualkan berada di Normandy, utara Perancis esok. Sebaliknya, dia akan terbang ke kepulauan yang terletak 10 zon waktu dari Paris, di sebelah timur Australia, yang telah dilanda oleh pertempuran bersenjata maut, rompakan, pembakaran dan keganasan lain, dengan enam orang terbunuh, termasuk dua anggota polis dalam seminggu lalu.

    Paris Rabu lalu mengisytiharkan darurat minimum selama 12 hari di pulau itu di mana penduduk asli telah lama menuntut kemerdekaan daripada Perancis dan segera mengirimkan 1,000 pasukan bantuan untuk membantu pasukan keselamatan yang hilang kawalan di beberapa bahagian ibu kota, Noumea.

    “Berdepan dengan keganasan yang tercetus, keutamaan adalah untuk memulihkan ketenteraman bagi membolehkan dialog disambung semula di New Caledonia,” kata jurucakap kerajaan Thevenot.

    “Ketenangan mula pulih. Keadaan belum sepenuhnya normal, tetapi keadaan bertambah baik. Banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kembali normal. Kerajaan komited sepenuhnya,” jelasnya.

    Australia dan New Zealand menghantar pesawat ke New Caledonia hari ini untuk mula membawa pulang warganegara yang terkandas. – AP

    Pelancong Australia dan lain-lain menaiki kapal terbang Tentera Udara Australia, Hercules ketika mereka bersiap untuk berlepas dari Lapangan Terbang Magenta di Noumea, New Caledonia pada 21 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...