Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron terima peletakan jawatan PM Attal

    PARIS, 17 JULAI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut kenyataan pejabat presiden Perancis kelmarin, lapor Xinhua.

    “Untuk tempoh ini berakhir secepat mungkin, terpulang kepada Republikan untuk bekerjasama mengukuhkan perpaduan demi kepentingan rakyat Perancis,” kata Elysee dalam satu kenyataan.

    Kerajaan sementara hanya boleh mengawasi operasi pentadbiran dan campur tangan sekiranya berlaku kecemasan.

    Attal dilantik sebagai perdana menteri pada 9 Januari pada usia 34 tahun, menggantikan Elisabeth Borne.

    Beliau mengemukakan peletakan jawatannya kepada Macron pada 8 Julai lalu selepas parti pemerintah gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya lepas. Namun, Macron memintanya untuk kekal ‘buat sementara waktu’ bagi menjamin kestabilan negara.

    Pada Khamis, ahli-ahli Dewan Negara yang dipilih dijangka memilih Speaker Dewan yang baharu.

    Gabungan baharu New Popular Front (NFP) iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua pengundian pilihan raya Parlimen Perancis, namun masih belum mencadangkan calon untuk menjadi perdana menteri seterusnya. – Bernama

    Seorang wanita melihat monitor di bilik kawalan media di ibu pejabat AFP di Paris, menunjukkan Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal yang meletak jawatan semasa wawancara televisyen yang disiarkan dalam program berita malam di saluran TV Perancis TF1 pada 16 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda