Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Macron ucap tahniah

    BERLIN, 15 DIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron bangga selepas Perancis sekali lagi berjaya melangkah ke final Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Maghribi dalam pusingan separuh akhir pada awal pagi kelmarin, lapor agensi akhbar Jerman, DPA.

    Macron turut menonton perlawanan itu di Stadium Al Bayt yang menyaksikan pasukan Didier Deschamps menewaskan Maghribi 2-0, hasil jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani.

    Perancis akan bertemu Argentina dalam pertembungan akhir pada Ahad.

    Juara bertahan itu muncul negara pertama mara ke final berturut-turut sejak pencapaian yang direkodkan Brazil.

    Macron turut meluangkan masa bertemu para pemain dan jurulatih di bilik persalinan selepas perlawanan.

    “Kita banyak mengharungi derita tetapi kita dapat melihat satu pasukan yang hebat.

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih dan pasukan ini terhasil daripada gabungan beberapa generasi dan itulah yang menjadikan ia pasukan hebat.

    “Kami membawa balik piala dan Deschamps perlu terus kekal. Pasukan Perancis telah membuatkan saya sangat bangga,” kata beliau. – Bernama

    Macron menepuk tangan semasa permulaan aksi separuh akhir Piala Dunia 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Merz, Macron kerjasama promosi ‘kedaulatan’ digital Eropah

    BERLIN, 18 NOV - Canselor Jerman, Friedrich Merz dan...

    Struktur lemah paksa Louvre tutup galeri selatan, pejabat kakitangan

    PARIS, 18 NOV – Muzium Louvre kelmarin menutup sebuah...

    Polis Sepanyol tumpas sindiket penyeludupan kanak-kanak migran ke Perancis

    MADRID, 14 NOV - Polis Sepanyol berjaya menumpaskan satu...

    Perancis layak ke Piala Dunia

    PARIS, 14 NOV – Perancis mara ke Piala Dunia...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...