Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maghribi selamat 424 migran

    RABAT, 6 OGOS – Tentera laut Maghribi malam semalam dan hari ini telah menyelamatkan sejumlah 424 migran yang dalam perjalanan ke Sepanyol di Mediterranean, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.

    Migran terbabit, kebanyakannya dari negara-negara sub-Sahara, yang menaiki sebuah bot getah, termasuk 53 wanita dan 16 kanak-kanak, telah diselamatkan di Selat Gibraltar oleh tentera laut Maghribi. Maghribi telah menjadi hab bagi migran Afrika yang memasang impian ke Eropah untuk kehidupan lebih baik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda