Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Magic’ Johnson kembali ke Lakers

    LOS ANGELES, 22 Feb – Earvin ‘Magic’ Johnson, yang membawa pasukan Los Angeles Lakers kepada lima gelaran NBA pada 1980-an, semalam dilantik menjadi presiden operasi bola keranjang bagi skuad NBA yang bergelut itu.

    Presiden pasukan Lakers dan sebahagian pemilik, Jeanie Buss juga mengumumkan untuk memecat pengurus besar Mitch Kupchak dan naib presiden operasi bola keranjang Jim Buss, adik kepada Jeanie dan anak lelaki kepada bekas pemilik Jerry Buss, yang meninggal dunia pada 2013.

    “Hari ini saya telah membuat beberapa tindakan yang saya percayai akan mengembalikan Lakers ke kedudukan tinggi yang dimahukan Dr. Jerry Buss dan yang diharapkan peminat kami,” kata Jeanie Buss. “Berkuatkuasa dengan serta-merta, Earvin akan mengetuai operasi bola keranjang dan akan melaporkan secara langsung kepada saya.

    “Pencarian kami bagi pengurus besar yang baru untuk bertugas bersama Earvin dan jurulatih Luke Walton sedang dilakukan dan kami berharap untuk mengumumkan pengurus besar yang baru tidak lama lagi. Earvin, Luke dan pengurus besar yang baru akan mengembangkan asas itu bagi generasi seterusnya kehebatan pasukan Los Angeles Lakers.”

    Earvin ‘Magic’ Johson (kanan) bersama dengan bekas pemain NBA, Bill Russell ketika diberikan penghormatan dalam Perlawanan NBA All-Star di Smoothie King Center. – AFP
    Earvin ‘Magic’ Johson (kanan) bersama dengan bekas pemain NBA, Bill Russell ketika diberikan penghormatan dalam Perlawanan NBA All-Star di Smoothie King Center. – AFP

    Pemain Hall Of Famer, Johnson, 57, adalah sebahagian daripada barisan pemain ‘Showtime’ di samping Kareem Abdul-Jabbar, penjaring terbanyak sepanjang masa NBA. ‘Magic’ adalah sebahagian daripada skuad kejuaraan Lakers pada tahun 1980, 1982, 1985, 1987 dan 1988 sebelum bersara pada tahun 1991 selepas diuji mengalami virus HIV.

    Pasukan Lakers kembali dalam kehebatan diterajui oleh pemain bintang pertahanan, Kobe Bryant dengan lima mahkota NBA bermula tahun 2000-2010 tetapi terjejas sejak itu.

    “Ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk kembali kepada Lakers sebagai presiden operasi bola keranjang,” kata Johnson. “Sejak 1979, saya adalah sebahagian dari Laker Nation dan saya bersemangat mengenai organisasi ini.”

    Pada kedudukan 19-39 musim ini, pasukan Lakers mencatatkan tiga rekod terburuk dalam NBA, di depan Brooklyn dan Phoenix. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda