Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maharaja Jepun lancar sesi parlimen

    TOKYO, 1 OGOS – Maharaha Naruhito menyampaikan ucapan pembukaan pertamanya kepada Diet Jepun hari ini selepas pilihan raya baru-baru ini dan pembaikpulih di parlimen untuk mempertingkat kemudahan untuk dua penggubal undang-undang baharu yang menggunakan kerusi roda.

    Naruhito bangkit daripada kerusi yang dihiasi dengan emas dan lambang bunga kekwa dan mengumumkan kepada penggubal undang-undang dari dua dewan yang berkumpul di dewan perhimpunan parlimen: “Saya berharap Diet, tatkala ia mengendali pelbagai isu domestik dan luar negara, akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai institusi kedaulatan tertinggi dan berkhidmat demi meraih kepercayaan rakyat.”

    Naruhito, 59, menaiki Takhta Kekwa pada 1 Mei selepas bapanya bersara.

    Parti pemerintah Perdana Menteri Shinzo Abe menang majoriti dalam pilihan raya pada 21 Julai namun kekurangan dua pertiga undi dalam dewan yang diperlukan untuk mencapai matlamatnya untuk meminda perlembagaan. Sesi parlimen berakhir pada minggu depan sebelum sesi penuh dibuka semula pada musim luruh. – AP

    Dua penggubal undang-undang yang baharu dipilih, Yasuhiko Funago (kanan) dan Eiko Kimura, dalam kerusi roda dibantu ketika tiba untuk sesi luar biasa dewan parlimen di Tokyo kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda