Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Mahasiswa digalak sertai NASA Space Apps Sarawak 2024

    KUCHING, 20 OKT – Penuntut universiti tempatan digalak merebut peluang menyertai ‘NASA Space Apps Sarawak’ yang akan dianjurkan pada tahun hadapan, menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

    Beliau berkata acara berkenaan yang memasuki edisi ketiga penganjurannya tahun ini mampu memupuk rakyat negeri ini terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sekali gus memberikan inspirasi dalam kalangan pelajar untuk menceburi bidang tersebut.

    “Saya harap lebih banyak penyertaan dalam kalangan pelajar senior pada tahun hadapan terutama daripada institusi pengajian tinggi kita (Sarawak) seperti Curtin University, Swinburne University of Technology, Universiti Teknologi Sarawak dan International College of Advanced Technology Sarawak,” katanya berucap pada majlis penutup NASA Space Apps Sarawak 2023 di sini hari ini.

    Sagah berkata acara itu mampu memberi manfaat kepada pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti dari segi masa depan mereka termasuk permohonan biasiswa dan peluang pekerjaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...