Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BMC pupuk kesedaran kesihatan mental

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Syarikat Methanol Brunei Sdn Bhd (BMC) telah mengadakan forum untuk kakitangannya, hari ini.

    Acara berkenaan merupakan salah satu Inisiatif BMC yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental dan usaha untuk meningkatkan kesihatan mental tanpa sebarang stigma yang berkaitan.

    Ahli-ahli panel jemputan terdiri daripada Dr Deeni Idris dan En Agong Lupat dari Institut Sains Kesiha-tan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersama Pakar Psikologi Klinikal dan Ketua Unit Strategi Kesihatan Mental dari Pusat Promosi Kesihatan, Dayang Nor Syahmun binti Haji Matassan.

    Forum berkenaan bukan sahaja menyampaikan pandangan berharga dan berkongsi pengalaman tetapi juga memupuk dialog yang bermakna dan terbuka dalam kalangan peserta mengenai kesihatan mental.

    Ia juga diselitkan dengan pameran mini yang mempamerkan bahan-bahan daripada Projek Take-a-Break.

    Ahli-ahli panel forum bergambar ramai bersama antara yang hadir. – Gambar serahan BMC
    Gambar serahan BMC

    Projek berkenaan merupakan usaha kerjasama antara BMC dengan kakitangan dan pelajar UBD yang diadakan pada tahun lepas. Aktiviti khas juga telah dianjurkan oleh tujuh orang pelajar UBD daripada Kohort 12 BHSc.

    Menurut kenyataan BMC, pengalaman interaktif bukan sahaja meningkatkan kesedaran akan tetapi berusaha ke arah mengurangkan stigma dan melengkapkan peserta dengan pandangan dan sumber berharga yang berkaitan kesihatan mental.

    Ia menekankan kepentingan kestabilan emosi dan mengetengahkan kaedah untuk mencapainya, termasuk kepentingan sistem sokongan yang kukuh dan nilai penjagaan diri melalui berehat.

    BMC memahami kesan positif yang mendalam apabila mengutamakan kesihatan mental terhadap kebahagiaan dan produktiviti pekerjanya secara keseluruhannya.

    Acara yang diadakan itu merupakan satu usaha perkongsian pengalaman dan melibatkan diri dalam dialog yang bermakna, memacu usaha kolektif untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan sihat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...