Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL – Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin.

    Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hukuman penjara 11 tahun terhadap Yameen pada 2022 oleh mahkamah rendah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram adalah tidak adil dan memerintahkan perbicaraan baharu.

    Hakim Hassan Shafeeu yang mengetuai  panel itu memutuskan keputusan yang mensabitkan bekas presiden itu adalah “di luar batas undang-undang,” lapor media Maldives.

    Keputusan itu dibuat di tengah-tengah aktiviti politik yang hangat ketika rakyat Maldivia akan mengundi pada Ahad untuk memilih Majlis Rakyat (parlimen) baharu.

    Yameen, 64, tokoh terkemuka pembangkang dalam kempen ‘India Out’, dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya presiden tahun lalu selepas disabitkan atas kesalahannya.

    Beliau kemudian menyokong Mohamed Muizzu, yang merupakan Presiden sekarang, sebagai calon pembangkang bersama untuk mencabar presiden ketika itu Ibrahim Mohamed Solih.

    Muizzu telah mengkritik kes yang dihadapi Yameen sebagai bermotifkan politik.

    Yameen dipindahkan dari penjara ke tahanan rumah pada 1 Oktober, sehari selepas Muizzu memenangi pilihan raya presiden.

    Yameen berkhidmat sebagai Presiden antara 2013 dan 2018 di negara kepulauan yang terletak di lokasi strategik itu.

    Tidak seperti dasar Solih ‘India first’, Yameen dan Muizzu menggesa hubungan rapat dengan China dan mengurangkan pergantungan kepada India.

    Kes dakwaan rasuah terhadap Yameen adalah berkaitan pajakan sebuah pulau untuk pembangunan pelancongan ketika beliau berkuasa. – Bernama

    Abdulla Yameen tiba untuk mesyuarat peringkat delegasi dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, di New Delhi, India, pada 11 April 2016. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...