Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mahkamah Iran perintah AS bayar AS$50 bilion

    TEHRAN, 6 DIS – Mahkamah Tehran memerintahkan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membayar hampir AS$50 bilion sebagai ganti rugi atas pembunuhan jeneral terkemuka Iran empat tahun yang lalu, kata badan kehakiman hari ini.

    Pada 3 Januari 2020, Presiden AS ketika itu, Donald Trump, mengarahkan serangan dron berhampiran lapangan terbang Baghdad yang membunuh Jeneral Qasem Soleimani, 62 tahun, dan leftenan Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis.

    Beberapa hari selepas itu, Iran telah bertindak balas dengan menembak peluru berpandu ke pangkalan di Iraq yang menempatkan tentera AS dan tentera gabungan lain. Tiada kakitangan AS yang terbunuh, tetapi Washington berkata puluhan mengalami kecederaan trauma otak.

    Agensi berita badan kehakiman Iran, Mizan Online berkata mahkamah di Tehran telah menjatuhkan hukuman terhadap kerajaan AS untuk membayar AS$49.7 bilion sebagai ‘ganti rugi material, moral dan hukuman,’ selepas saman yang difailkan oleh lebih 3,300 orang rakyat Iran.

    Mizan menambah mahkamah mendapati 42 orang individu dan badan berkanun bersalah, termasuk Trump, kerajaan AS, bekas Menteri Luar Negeri, Mike Pompeo,dan bekas Menteri Pertahanan, Mark Esper.

    Soleimani mengetuai Pasukan Quds, bahagian operasi luar negeri Pasukan Pengawal Revolusi Islam. Beliau merupakan salah seorang tokoh awam paling popular di negara tersebut, yang memimpin operasi Iran di Timur Tengah dan dianggap sebagai wira perang Iran-Iraq 1980-1988. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...