Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah tolak rayuan pengurangan denda

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Mahkamah Tinggi, Selasa lalu telah menolak rayuan seorang lelaki yang menuntut pengurangan dan masa untuk menyelesaikan denda yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berikutan pengakuan bersalahnya terhadap pemilikan minuman keras seludup.

    Pendakwa Siti Khalillah Hussin, sebagai responden, mendedahkan bahawa Awangku Abdullah bin Pengiran Jafar bersama-sama rakan sejenayah, mengaku bersalah pada 15 Ogos 2022 atas kesalahan memiliki 189 botol minuman keras dan diperintahkan untuk membayar denda $23,000 atau penjara 13 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Kes itu membabitkan tindakan yang dilakukan pada petang 2 November 2020 ketika pihak polis Bangar membuat rondaan di jeti bot di Kampung Meniup, Daerah Temburong dan melihat tiga lelaki memuatkan barangan yang mencurigakan ke dalam sebuah kereta.

    Lelaki itu melarikan diri dengan memecut kenderaan mereka. Bagaimanapun, pada sebelah malam, lelaki terbabit menyerahkan diri kepada polis Bangar.

    Salah seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mereka meninggalkan 189 botol minuman keras yang diambil pada awal petang berkenaan.

    Mahkamah Uganda memerintahkan Kyarikunda membayar balik lebih AS$2,800 kerana memutuskan pertunangan dengan Tumwiine. – Agensi

    Ketiga-tiga mereka mengaku masing-masing telah dibayar $50 untuk mengangkut barang yang datang dari Limbang ke sebuah rumah di Kampung Salambigar, Daerah Brunei dan Muara.

    Awangku Abdullah merayu pengurangan denda dan memohon ansuran untuk menyelesaikannya pada maksimum $200 sebulan.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong melihat tiada merit dalam permohonan perayu kerana denda yang dikenakan adalah hampir kepada minimum seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang.

    Ketua Hakim Negara juga berkata bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman telah bermurah hati memberinya tempoh enam bulan untuk menyelesaikan denda itu.

    “Dia telah membayar $1,960 setakat ini. Menerima cadangan pembayarannya bermakna memberinya tempoh lapan tahun untuk membayar denda berkenaan yang akan bertentangan dengan objektif pencegahan hukuman itu,” kata Ketua Hakim Negara.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...