Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majikan gagal sedia tempat tinggal bersih

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dua kesalahan telah dikesan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 yang dilakukan oleh majikan semasa Operasi Siaga 100/2024 yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Operasi tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Hasil daripada pemeriksaan ke atas perumahan pekerja yang telah dijalankan di kawasan Kampung Pancha Delima, majikan telah melakukan kesalahan di bawah Bab 80 iaitu gagal menyediakan tempat tinggal bersih yang mencukupi dan sempurna serta Bab 81 iaitu tempat tinggal pekerja tidak menepati kehendak undang-undang.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih $1,000 bagi kesalahan tersebut.

    Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh dalam kenyataan akhbarnya mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak perkhidmatan secara bertulis dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Salah seorang pegawai dari Jabatan Buruh semasa membuat pemeriksaan terhadap seorang penghuni rumah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    Antara rumah yang telah diperiksa semasa operasi tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...