Sunday, June 16, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Majikan gagal sediakan peti pertolongan cemas

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Seorang majikan telah didapati melakukan dua kesalahan semasa Operasi Siaga yang telah dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), Jabatan Buruh, pada 15 Mei lalu.

    Operasi yang dijalankan di sebuah kedai runcit menjual perabot di kawasan Kampung Jangsak mendapati majikan tersebut telah melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas dan Bab 112(2) kerana melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing di mana jawatan buruh am disalah guna untuk melakukan pekerjaan sebagai juruwang.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan tersebut.

    Jika gagal membayar denda itu, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak akta tersebut, seperti menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 atau 7298989.

    Para pegawai BPU semasa menjalankan operasi di kedai berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...