Thursday, June 20, 2024
23 C
Brunei

    -

    Tingkat kefahaman keselamatan siber, forensik digital

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Dalam era digital hari ini, pertembungan antara undang-undang, keselamatan siber dan penyiasatan atau forensik digital telah menimbulkan cabaran dan ancaman yang ketara.

    Sehubungan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Islam, UNISSA telah mengadakan Bengkel Digital Forensics and Investigations bagi merapatkan jurang yang rumit antara undang-undang, keselamatan siber dan forensik digital.

    Diadakan di Auditorium, Kampus UNISSA, Gadong, baru-baru ini, bengkel dikendalikan oleh Profesor Madya Fakulti Teknologi Islam, UNISSA, Profesor Madya Dr Ghassan Ahmed Ali Abdulhabeb dan telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penyiasatan digital dan keselamatan siber.

    Bengkel menyasarkan peserta yang terdiri daripada peguam, juruteknik dan pegawai kerajaan atau swasta dalam membantu dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang komprehensif dan kemahiran praktikal dalam menguasai domain yang bercabang berkenaan, lebih-lebih lagi pada pertembungan antara undang-undang, keselamatan siber dan forensik digital yang melangkaui amalan undang-undang dan dasar kerajaan dalam menegakkan piawaian etika, keselamatan privasi data dan hak individu.

    Peguam dan pegawai kerajaan yang mahir dalam forensik digital boleh memperjuangkan pengendalian data yang beretika, menyokong rangka kerja perundangan yang melindungi privasi dan juga menyokong perlakuan yang adil terhadap bukti digital dalam prosiding undang-undang.

    Objektif bengkel berkenaan adalah untuk memberikan penerangan agar peserta mendapat pemahaman yang komprehensif tentang prinsip undang-undang dan penyiasatan digital serta memperoleh kemahiran praktikal yang penting untuk menangani cabaran undang-undang dalam alam digital, termasuk pengendalian dan analisis bukti.

    Antara peserta yang menyertai bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

    SEOUL, 19 JUN - Agensi cuaca Korea Selatan pada hari ini mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. Nasihat gelombang haba itu...