Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis berbagi rezeki sempena Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Kebajikan anak-anak yatim sentiasa diambil perhatian oleh semua pihak, lebih-lebih lagi apabila menjelang Ramadan dan Syawal.

    Sehubungan dengan itu, Warga Serumpun di Simpang 85 dan Muslimah Jalan Bukit Bintagur, Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau telah mengadakan majlis berbagi rezeki bersama empat orang anak-anak yatim di kawasan berkenaan, kelmarin.

    Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim diadakan di kediaman pengerusi majlis, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad dan diteruskan dengan majlis tahlil dan bersungkai.

    Dengan adanya sumbangan tersebut, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak yatim dan keluarga mereka dalam menjalani ibadah puasa sekali gus menceriakan mereka.

    ATAS & BAWAH: Awang Faidil Rosemady menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak-anak yatim dimajlis itu.

    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir di majlis itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda