Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Majlis istiadat perkahwinan diraja mulai 16 Januari

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Istiadat Perkahwinan Diraja bagi paduka anakanda Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi akan bermula pada 16 Januari ini.

    Pengumuman itu dimak-lumkan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, dengan majlis-majlis adat bagi Istiadat Perkahwinan akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 16 Januari, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang jaga-jaga dan Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-jaga pada 17 Januari ini.

    Sementara itu, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja juga Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan diadakan pada 18 Januari manakala Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 19 Januari.

    Seterusnya, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja akan diadakan pada 20 Januari dan bersanding pada 23 Januari.

    Manakala Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada 24 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada 25 Januari.

    Istiadat perkahwinan diraja antara YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi akan bermula pada 16 Januari.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...