Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan erat ikatan kekeluargaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin, keluarga Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhammad Taha bin Abdul Rauf telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran, kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di kediaman OKJP Dato Paduka Haji Muhammad Taha di Kampung Keriam itu diadakan sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-90 yang mana majlis dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan beliau yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan tersebut.

    Majlis itu juga memberi peluang kepada ahli keluarga OKJP Dato Paduka Haji Muhammad Taha berkumpul seterusnya meluangkan masa bersama selain dapat memperkukuhkan lagi hubungan dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Pada majlis itu, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Keriam, Tutong, Awang Mohd Fawzee bin Haji Anuar.

    OKJP Dato Paduka Haji Muhammad Taha bergambar ramai bersama anak, cucu dan cicit bagi meraikan ulang tahun kelahiran beliau.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda