Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena penukaran nama BSB

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan (BSB) ke-52 bagi tahun 2022 diteruskan lagi dengan majlis keagamaan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, ibu negara hari ini.

    Majlis Membaca Surah Yasin, Ratib Al-Attas, Selawat Tafrijiyyah dan Doa Kesyukuran telah dipimpin oleh Imam Tingkat 1, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Mohd Hasnal bin Haji Mohammad, sementara Doa Kesyukuran dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

    Ia dihadiri oleh setiausaha tetap-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pemangku timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, jabatan-jabatan di bawahnya serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di sekitar BSB.

    Menurut kenyataan, sambutan itu adalah bagi mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dalam memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam yang disambut pada 4 Oktober setiap tahun.

    Bandar Brunei mula bertukar nama pada 4 Oktober 1970 menjadi Bandar Seri Begawan.

    Pada tahun ini ianya disambut untuk kali yang ke-52 tahun.

    Para pegawai kanan KHEDN semasa menghadiri majlis keagamaan sempena sambutan memperingati ulang tahun penukaran nama BSB.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda