Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2022

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sempena Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2022 yang disambut setiap 1 November, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil, Membaca Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah di Masjid Ash-Shaliheen, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KSSUP, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah KSSUP. 

    Juga hadir ialah para peladang, petani, penternak dan nelayan serta pengusaha agrimakanan di seluruh negara.

    Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam peranan mereka selaku penjana makanan bagi negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis keagamaan itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...