Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Kesyukuran sempena IWD 2023

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang disambut setiap 8 Mac, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) kelmarin telah menganjurkan Majlis Kesyukuran (Khas Wanita) di Dewan Digadong, KKBS.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Datin Hajah Dayang Binanun binti Haji Bungsu, isteri kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama hampir 200 orang jemputan khas.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan, ahli-ahli persatuan, rakan-rakan strategik KKBS serta mahasiswi dari pusat-pusat pengajian tinggi.

    Majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk Wanita Mithali dan Berinovasi Membangun Ummah yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman. Antara inti pati tazkirah berkenaan ialah definisi wanita mithali sebagai teladan dan inovasi ke arah perubahan yang positif.

    Ditekankan juga, di era digital ini, wanita hendaklah bijak menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan ibadah namun masih menjaga batas selaku wanita mithali.

    Majlis turut diimarahkan dengan persembahan tausyeh dan bacaan Sayyidul Istighfar oleh Kumpulan Firqah An Naylaa serta bacaan Doa Kesyukuran sempena sambutan IWD 2023 dan Doa Selamat Terhindar dari Wabak COVID-19 oleh Dayang Norkamaliah binti Haji Mokti.

    Tahun ini merupakan kali ke-10 Negara Brunei Darussalam menyambut IWD, dan tema pada tahun ini adalah Inovasi Digital dan Teknologi untuk Semua.

    Sebagai usaha untuk menyokong dan memeriahkan lagi sambutan IWD 2023, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan, lampu Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) telah dinyalakan dengan warna ungu selama dua hari yang berakhir pada malam ini, pukul 12 malam.

    Datin Hajah Dayang Binanun semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Penyampai tazkirah menyentuh mengenai definisi wanita mithali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda